God Of War 2018 Bakal Berada Dipasaran 20 April Ini

by - Wednesday, January 24, 2018

Assalamualaikum Guys!

Aku sangat - sangat teruja apabila hari ini, Sony dengan bangganya telah mendedahkan bahawa the new God Of War bakal dipasarkan pada 20 April 2018. Kepada korang yang meminati siri God Of War, pastinya tidak akan ketinggalan untuk bermain siri terbaru ini. Kena start kumpul duit boss..

God of War yang terbaru ini menampilkan wajah baru hero kita iaitu Kratos dan juga storyline yang berbeza dimana kali ini kita akan meneroka sejarah atau mitos berkisar tentang Norse. Jadi a new storyline, suatu nafas baru dan perwatakan Kratos yang ala - ala kebapaan. Seriusly??

Tapi bagi aku, perubahan - perubahan yang dibuat kepada God of War adalah perlu kerana kau akan rasa bosan dan tiada improvement sekiranya developer Santa Monica masih mengekalkan gameplay yang lama.

Jadi aku nak kongsikan trailer terbaru God of War yang sangat ohsem ini. Enjoice!


p/s: Kalau korang perasan, dalam trailer terbaru ini, macam ada forshadow (bayangan) yang Kratos akan mengunakan Chain of Olympus. Kalau betul, seriusly aku excited syialll!!


ANDA MUNGKIN MEMINATI:

0 Comments